Gara-gara najis tikus, empat premis makanan diarah tutup

GEORGE TOWN – Empat premis perniagaan di sekitar bandar raya ini diarahkan tutup selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Arahan penutupan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi Operasi Kebersihan yang dijalankan oleh Jabatan Pelesenan secara mengejut pada petang Khamis.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis berada dalam keadaan tidak memuaskan dan di bawah piawaian kebersihan yang ditetapkan, selain penemuan najis tikus di kawasan dapur serta stor penyimpanan bahan mentah.

“Keadaan ini jelas membahayakan kesihatan pelanggan yang menikmati makanan disediakan di premis-premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MBPP, tindakan penutupan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil (Establismen Makanan) MPPP 1991.

“Selain tahap kebersihan yang tidak memuaskan, terdapat juga pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan vaksin tifoid seperti yang diwajibkan.

“Beberapa pekerja turut didapati tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan, seperti tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan.

“Tindakan sedemikian boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan serta jangkitan bakteria Salmonella Typhi yang menyebabkan demam tifoid,” ujarnya.

MBPP turut menasihatkan semua pengusaha makanan agar tidak mengabaikan aspek kebersihan dan keterjaminan makanan semata-mata demi mengejar keuntungan.

“Pemantauan berkala akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi piawaian kebersihan demi kebaikan semua pihak,” katanya lagi.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP