Sebelum jadi calon, Awie dah lama berkhidmat kepada Nenggiri

GUA MUSANG – “Sebelum jadi calon Awie dah lama berkhidmat kepada penduduk Kampung Serian,” demikian luah penduduk sambil berharap calon Barisan Nasional (BN) itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada 17 Ogos nanti.

Menurut Nurzuraini Abdullah, 36, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani telah dikenali malah cukup mesra dalam kalangan penduduk dengan sikap cakna Awie terhadap masyarakat di Nenggiri khususnya di Kampung Serian.

Katanya, beliau juga lebih mengenali calon BN berbanding calon dari Perikatan Nasional (PN) kerana sikap ramah serta suka membantu penduduk.

“Antara sebab saya suka Awie adalah dia suka membantu penduduk selain tidak terkecuali sentiasa memberi bantuan kepada penduduk.

“Sebelum nama dia dicalonkan untuk bertanding pada PRK Nenggiri lagi Awie memang merupakan seorang yang telah lama memberi khidmat dalam membantu penduduk selain dia sangat aktif bermasyarakat,” katanya.

Sementara itu, Amirah Mat Junoh, 35, berkata, Awie merupakan seorang calon yang boleh diharapkan dan layak untuk membantu penduduk.

“Kampung kita terletak di pedalaman jadi kita perlu calon dan wakil rakyat yang betul-betul boleh ambil tahu hal penduduk termasuk bantuan diperlukan rakyat.

“Sebelum dia ambil calon pun, Awie telah sampai ke sini, dan dia dah buat kerja kita semua pun dah dapat apa yang dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hayati Mankanai, 35, berkata, penduduk amat memerlukan pelbagai kemudahan seperti jalan khususnya di kampung itu.

“Justeru, kami perlukan calon yang boleh turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk.

“Ciri-ciri calon yang saya sebut ini saya percaya semuanya ada pada Awie.

“Oleh itu, harapan kami adalah semoga apa yang kami hajati daripda dahulu akan tercapai termasuklah kemenangan buat calon BN pada PRK kali ini,” katanya.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok