SUKMA: Lundu sedia sambut kontinjen bola tampar pantai

LUNDU: Beberapa agensi yang terlibat dalam penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Lundu bersiap sedia menyambut ketibaan kontinjen bagi sukan bola tampar pantai dan kabaddi dalam masa terdekat.

Menurut jurucakap Pejabat Residen Bahagian Kuching, pihaknya sudah turun padang pada hari Jumaat lalu bagi memastikan segala persiapan oleh agensi berkaitan berjalan lancar.

Tinjauan tersebut meliputi kemudahan tempat tinggal bagi kontinjen serta ahli jawatankuasa teknikal untuk kedua-dua acara, dan juga persiapan akhir di lokasi acara kedua-dua sukan tersebut.

Acara bola tampar pantai dijadualkan bakal berlangsung di Union YES Retreat Centre, Lundu dari 17 hingga 23 Ogos ini, manakala acara Kabaddi diadakan di Dewan Masyarakat Lundu dari 20 hingga 23 Ogos.

Related Posts

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang teruja untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini berpeluang mendapatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PARIS Saint-Germain (PSG) meneruskan penguasaan di pentas Eropah apabila menewaskan Aston Villa 2-1 untuk mempertahankan Piala Super di Salzburg, Austria, awal pagi tadi. Gol Khvicha Kvaratskhelia dan Desire Doue memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP