PBS Tamparuli kecam laporan Malaysiakini, teguh bersama Jahid

TUARAN – Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli tampil mengecam laporan yang dikeluarkan oleh portal berita Malaysiakini yang mengaitkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Jahid Jahim dan Timbalan Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Madin Anak dalam dakwaan skandal perlombongan.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) merangkap Penolong Setiausaha Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli, Rony Sundang berkata, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Jahid dan Madin.

Jelasnya, tuduhan yang kononnya mengaitkan Jahid dengan penerimaan wang sebanyak RM150,000 bukan sahaja tidak berasas, malah bercanggah dengan fakta dan logik undang-undang.

“Jahid bukan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perlombongan dan lebih penting lagi, tiada satu pun lesen perlombongan pernah dikeluarkan di kawasan Tamparuli.

“Maka, segala tuduhan ini adalah rekaan yang jelas bermotifkan politik menjelang PRN,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, tindakan segelintir pihak menyebarkan fitnah adalah usaha terancang untuk mencemarkan imej pemimpin PBS yang berprinsip dan sentiasa menjunjung integriti dalam kepimpinan.

Beliau turut menyokong tindakan Jahid untuk mengambil langkah undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu tersebut.

“Ini bukan amaran kosong, tetapi mesej jelas jangan cabar kebenaran.

“Pemimpin seperti Jahid yang telah berkhidmat dengan bersih dan konsisten, berhak untuk mempertahankan maruahnya daripada tohmahan tidak berasas,” katanya.

Justeru itu, Rony mengajak semua pejuang PBS dari ketua cawangan hinggalah ke akar umbi supaya kekal bersatu dan tidak terpengaruh dengan taktik kotor politik yang memperalatkan persepsi awam.

“PBS dibina atas semangat setiakawan, disiplin dan prinsip. Kita mesti berdepan cabaran ini dengan kekuatan perpaduan dan politik matang,” ujarnya.

Tambahnya, pihak media seharusnya mengamalkan etika kewartawanan yang lebih profesional, adil dan telus dalam melaporkan sebarang isu melibatkan pemimpin politik atau mana-mana individu.

Related Posts

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

IPOH – Lebih RM4.08 juta nilai barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dan ketum dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas kira-kira 5,000 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selesai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?