Ribut landa Flat Taman Tun Sardon, banyak rumah dan kenderaan rosak

GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah dan 11 kenderaan rosak akibat ribut kuat yang melanda kawasan Seri Delima, termasuk di Flat Taman Tun Sardon (TTS), Persiaran Besi dan Lengkok Bawah di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, beberapa pokok turut tumbang sehingga mengakibatkan berlaku kerosakan kepada tujuh unit rumah di kawasan Flat Taman Tun Sardon selain kerosakan kepada tujuh buah kereta dan empat motosikal.

“Syukur kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun, berlaku kerugian harta benda kerana kenderaan dan kediaman penduduk terjejas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, ketika ini, tindakan segera telah diambil oleh skuad pantas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi mengalihkan pokok-pokok yang tumbang termasuk kerja-kerja mengeluarkan kepingan zink yang tercabut.

Kata, Connie, pasukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pegawai-pegawai teknikal juga telah turun padang untuk membantu mangsa yang terlibat serta menilai kerosakan.

“Pejabat saya akan menilai semula kerugian yang dialami oleh penduduk dan melihat bagaimana bentuk bantuan boleh disalurkan. Saya juga telah minta Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) untuk mempercepatkan proses baik pulih rumah-rumah yang terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha MPKK Taman Tun Sardon, Nor Aniza Osman berkata, kejadian berlaku apabila angin kencang disertai hujan lebat menyebabkan bumbung blok AR dan AC Flat Taman Tun Sardon tercabut mengakibatkan limpahan air hujan menembusi tingkap dan menyebabkan kerosakan dalaman rumah, khususnya di tingkat empat.

Difahamkan, selain kawasan Seri Delima di George Town, ribut itu juga melanda beberapa kawasan lain di sebelah pulau selain kawasan tertentu di Seberang Perai.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini