ATM perlu kekal siap siaga, berteknologi tinggi – Agong

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam landskap geopolitik dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu.

Baginda bertitah bahawa konflik bersenjata antara Iran dan Israel serta krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza jelas menunjukkan bahawa undang-undang antarabangsa tidak lagi mampu menjamin keamanan sejagat.

“Adalah penting bagi ATM untuk sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana kita tidak tahu siapakah kawan dan siapakah lawan,” titah baginda.

Titah berkenaan disampaikan ketika Sultan Ibrahim menyempurnakan Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Dalam titah yang sama, baginda turut mengingatkan kerajaan agar memastikan proses perolehan aset ketenteraan bebas daripada sebarang campur tangan politik atau pengaruh daripada syarikat pembekal.

“Pucuk pimpinan ATM juga hendaklah sentiasa amanah dan tidak terlibat dalam sebarang perlakuan rasuah. Selaku Pemerintah Tertinggi ATM, saya tidak akan bagi muka kepada sesiapa juga yang menggunakan kedudukan untuk kesenangan peribadi,” titah Baginda dengan tegas.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap budaya penggunaan media sosial dalam kalangan anggota tentera yang berpotensi mendedahkan maklumat sulit pasukan, termasuk lokasi gerakan dan operasi strategik.

“Saya mahu perkara ini dihentikan serta-merta. Guna akal fikiran dan jangan kita mendedahkan pelbagai perkara untuk tontonan umum. Adalah lebih baik kita beringat, supaya tidak menyesal kelak di kemudian hari,” titah baginda.

Baginda turut merujuk kepada konflik Iran-Israel sebagai contoh bagaimana maklumat daripada aplikasi pintar, media sosial dan syarikat teknologi awam telah dimanipulasi untuk tujuan ketenteraan.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seramai 509 pegawai kadet yang berjaya menamatkan latihan, serta mengingatkan mereka bahawa kerjaya sebagai anggota tentera menuntut pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.

“Jadilah pemimpin yang berdisiplin, melatih anggota dengan tekun dan sentiasa menjaga kebajikan mereka,” titah baginda.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa yang telah merelakan anak-anak mereka berkhidmat dalam ATM demi keselamatan dan kedaulatan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain; dan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63