Ahli arkeologi dinobat Tokoh Maal Hijrah Kedah, bawa pulang RM15,000

ALOR SETAR – Tokoh akademik yang disegani dalam bidang arkeologi, Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1447 Hijrah hari ini.

Sosok utama perintis kepada penemuan Tamadun Kedah Tua yang bertapak di Sungai Batu, Lembah Bujang ini semenjak kurun kelapan sebelum Masihi itu menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Mokhtar, 62, ketika ditemui memberitahu, beliau agak terkejut dengan penganugerahan tersebut namun menganggap ia satu pengiktirafan dalam kerjayanya sebagai ahli arkeologi.

“Saya rasa ia sesuatu yang sangat baik untuk mengangkat tokoh akademik kerana bidang ilmu adalah asas kepada kemajuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Tahun 1447 Hijrah di Wisma Darul Aman di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Kedah itu.

Pada majlis sama, Sultan Kedah turut berkenan menyampaikan Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar kepada Masjid Jamek Badlishah, Yan dan dan Luar Bandar, Masjid Nurul Ehsan Kuala Ketil, Baling.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang