Proses mediasi saman fitnah antara Chow Kon Yeow, Ramasamy pada 2 Julai

GEORGE TOWN – Pusat Mediasi Mahkamah Pulau Pinang hari ini menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh baharu bagi sesi mediasi seterusnya antara Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan bekas Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy, berhubung isu penjualan tanah di Batu Kawan.

Ramasamy sebelum ini telah memfailkan saman fitnah terhadap Kon Yeow pada 18 Julai tahun lalu dan ini merupakan sesi mediasi kedua selepas yang pertama berlangsung pada 14 April.

Kon Yeow mengesahkan bahawa proses mediasi masih berjalan dan sesi seterusnya akan berlangsung pada 2 Julai.

“Mediasi hari ini melibatkan saman fitnah yang berpunca daripada pembatalan perjanjian penjualan tanah antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Umech Land Sdn Bhd.

“Saman fitnah pertama difailkan oleh Ramasamy terhadap saya manakala saman kedua difailkan oleh PDC terhadap Ramasamy,” katanya selepas sesi mediasi di Pusat Mediasi Mahkamah Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kes tersebut, Kon Yeow diwakili oleh peguam, Datuk V. Sithambaram manakala seorang lagi peguam, Dr. Shamsher Thind Singh pula hadir mewakili Ramasamy.

Sebelum ini, Ramasamy memfailkan saman fitnah terhadap Kon Yeow berhubung satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Ketua Menteri itu pada 3 Oktober 2023, yang didakwa telah mencemarkan reputasi beliau secara serius sebelum disiarkan media tempatan dan ditularkan oleh pengguna di media sosial.

Ramasamy mendakwa, hantaran Facebook tersebut mengandungi tuduhan palsu mengenai penglibatannya dalam kelulusan perjanjian antara PDC dan Umech Land dan dalam pernyataan tuntutannya, beliau menuntut ganti rugi daripada Kon Yeow yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Selain itu, Ramasamy juga memohon agar satu perintah injunksi mandatori supaya Kon Yeow menarik balik kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon injunksi larangan bagi menghalang Kon Yeow daripada mengulangi kenyataan fitnah yang didakwa itu serta kos guaman.

Related Posts

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

SERIAN – Bahang sambutan Hari Gawai semakin dirasai apabila pelbagai persiapan giat dilakukan oleh masyarakat Dayak di seluruh Sarawak, khususnya dalam kalangan keluarga dan komuniti rumah panjang. Daripada kerja menghias…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Gayu Guru Gerai Nyamai: Persiapan Gawai penuh semangat kekeluargaan, lambang keharmonian

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Onn Hafiz dapat perkenan Pemangku Sultan, DUN Johor dibubar serta-merta

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara