Tiada sebarang penjualan kilang Felcra, operasi seperti biasa

GUA MUSANG: Felcra Berhad menafikan dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia masih menjalankan operasi harian seperti biasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idris Lasim berkata, sehingga kini pihak pengurusan mengesahkan tiada sebarang cadangan penjualan telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

Sebarang dakwaan di media sosial yang mengaitkan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dengan penjualan kilang kepada mana-mana pihak adalah tidak benar. Kami menjalankan operasi perkilangan dan kejuruteraan, termasuk pengoperasian kilang pemprosesan kelapa sawit.

“Terdapat lima kilang pemprosesan buah kelapa sawit yang beroperasi secara milikan penuh dan diuruskendalikan iaitu Kilang Sawit di Seberang Perak, Perak; Maran, Pahang; Sungai Melikai, Johor; Bukit Kepong, Johor dan Felcra Nasaruddin, Perak.

“Sehingga kini tiada sebarang penjualan yang berlaku terhadap kilang tersebut dan ia masih kekal beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu’bard mendakwa Felcra dalam proses mewujudkan entiti baharu syarikat usahasama bagi memiliki kilang di bawah syarikat berkenaan.

Menurutnya, bahawa melalui syarikat usahasama itu, Felcra hanya pemegang minoriti dan syarikat pemegang majoriti yang akan membuat keputusan.

Tambah Chegubard, menerusi perjanjian tersebut, Felcra hanya dijanjikan RM1.5 juta setahun berbanding beberapa kilang sebelum ini yang mendatangkan keuntungan lebih jauh.

Sementara itu, Idris menegaskan, Felcra akan terus memberikan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bahawa kepentingan semua pihak terlibat sentiasa diutamakan demi memperkukuhkan kedudukan syarikat dalam industri pengilangan hasil agrikomodit.

“Selepas 27 tahun dikorporatkan, kami telah berjaya mengagihkan melebihi RM8.11 billion agihan keuntungan kepada hampir 107 ribu orang peserta di seluruh Malaysia.

“Selain itu, Felcra turut membangunkan tanah secara komersil serta menceburi bidang agromakanan,” ujarnya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok