STPM: Perlis catat rekod 5 tahun tanpa calon gagal

KANGAR – Perlis mencipta rekod membanggakan apabila tiada calon gagal dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selama lima tahun berturut-turut sejak 2020.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan) Perlis, Ahmad Sabri Mohamad berkata, keputusan STPM 2024 juga mencatatkan peningkatan apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Negeri ialah 2.87, naik 0.02 berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa komitmen warga pendidikan negeri ini terus kukuh dalam usaha memperkasakan pencapaian akademik pelajar.

“Kejayaan turut direkodkan apabila enam buah sekolah pusat peperiksaan STPM berjaya memperoleh keputusan lulus penuh 100 peratus seperti tahun lalu,” katanya semasa mengumumkan keputusan STPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 20 calon memperoleh PNGK 4.00, meningkat berbanding hanya 16 orang pada tahun sebelumnya.

“Jumlah calon yang memperoleh PNGK 3.00 ke atas juga meningkat, membuktikan kualiti calon semakin baik.

“Seramai 411 calon menduduki STPM tahun ini dan kesemua mereka layak dianugerahkan sijil STPM selepas lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” ujarnya.

Katanya lagi, kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk guru, petugas peperiksaan, pentadbir sekolah, ibu bapa, NGO serta agensi luar seperti MAIPs dan swasta.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen