KASUMeS anjuran UKAS perkukuh jalinan pengamal media menerusi sukan

KUCHING – Karnival Sukan Media Sarawak (KASUMeS) 2025 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) merupakan sebuah wadah dalam menyatukan dan mengeratkan jalinan warga pengamal media khususnya di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, beberapa cadangan turut diterima pihaknya untuk menganjurkan pelbagai jenis sukan termasuklah pertandingan memasak dalam mengeratkan ukhwah antara media.

“Kami menerima pelbagai cadangan termasuklah pertandingan memasak. Mungkin pada tahun depan, kita akan anjur lebih banyak jenis sukan dengan penyertaan adalah mengikut pasangan kumpulan masing-masing memandangkan kali ini pasangan kumpulan adalah dipilih secara cabut undi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian KASUMeS bagi Zon Selatan, di Gelanggang Pickleball di Kuching, hari ini.

“Ini merupakan tahun pertama penganjuran KASUMeS. Selepas ini kita cuba tambah lebih banyak jenis sukan dan aktiviti pada edisi akan datang, serta berharap agar mendapat penyertaan yang lebih tinggi,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, karnival ini bukan sekadar sukan dan aktiviti riadah semata-mata, malah boleh menjadi satu platform dalam menyatukan semua pengamal media menerusi semangat kesukanan.

Untuk rekod, KASUMeS Zon Selatan membuka tirainya secara rasmi hari ini sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 peringkat Sarawak.

Karnival ini berlangsung selama dua hari dengan tiga jenis sukan dipertandingkan di lokasi berbeza iaitu pickleball, boling, dan badminton dengan lebih 138 pengamal media daripada pelbagai agensi sekitar zon selatan Sarawak telah menyertai karnival ini.

Terdahulu, penganjuran KESUMeS turut diadakan di Zon Utara pada 24 Mei lalu, manakala Zon Tengah berlangsung pada 7 Mei.

Related Posts

United bangkit kalahkan Ipswich 5-2

MANCHESTER United meraih kemenangan pertama musim ini selepas membelasah Ipswich Town 5-2 di Old Trafford, dengan kapten Bruno Fernandes muncul wira menerusi hatrik cemerlang. Kekalahan awal musim dilupakan apabila The…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea cemas sebelum tewaskan Brighton 4-3

PENGEMBARAAN Xabi Alonso bersama Chelsea bermula dengan cukup menghiburkan apabila The Blues menewaskan Brighton & Hove Albion 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, malam tadi. Kemenangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis