Selangor tidak akan biar isu 3R jejas keharmonian perpaduan rakyat

KERAJAAN Selangor memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri berkenaan.

Exco Perpaduan, Datuk Rizam Ismail berkata, sebarang isu menyentuh sensitiviti kaum serta agama perlu ditangani dengan tegas dan bijaksana.

“Sudah pasti Selangor perlu menjadi contoh bukan sahaja di dalam negara kita, malah di seluruh dunia. Walaupun kita negara yang mempunyai kepelbagaian etnik tetapi kita mampu membina sebuah negara yang majmuk dengan perpaduan yang kukuh.

“Sebab itu kita banyak bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara menerusi pelbagai program kesedaran dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Santuni MADANI dan Misi Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah di Masjid As-Syukriah Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.

Terdahulu, beliau mengulas laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mendedahkan sebanyak 40,515 kandungan berpotensi menjadi berita palsu dikenal pasti dan dilaporkan oleh penyedia platform sejak 2023 hingga Mei lepas.

Sebanyak 11,819 daripada kandungan berita itu menyentuh isu 3R, dilaporkan untuk diturunkan dan daripada jumlah itu sebanyak 7,571 kandungan sudah dipadam.

Menjelaskan mengenainya, Rizam berkata, antara inisiatif yang giat dilaksanakan termasuk menggerakkan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) khususnya di kawasan luar bandar dalam membentuk semangat cintakan negara dan perpaduan antara kaum.

Jelasnya, setakat ini tiada aduan rasmi berhubung isu 3R diterima pihaknya, sebaliknya hanya aduan kecil berkaitan masalah masyarakat yang dapat diselesaikan di peringkat tempatan.

Terdahulu, Rizam berkata, program turun padang anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) disifatkan mampu merapatkan jurang antara rakyat dan agensi kerajaan, khususnya dalam menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada golongan sasar.

Beliau berkata, program yang bermula semalam itu diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat disesuaikan di peringkat usia antaranya pemeriksaan kesihatan, dakwah, sukaneka, pertandingan e-sukan, rewang, ziarah dan pameran agensi.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah