Beli iklan FB, calon PN tidak sensitif kematian Ismail Haniyeh?

[ULASAN] Meskipun telah jelas sokongan Meta kepada zionis Israel dan apa yang dilakukan terhadap hantaran takziah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kematian Ismail Haniyeh, namun itu bukan penghalang bagi Pas terus membeli iklan dengan Facebook.

Jauh sekali langsung tidak didengari pendirian Pas untuk memboikot platform media sosial Facebook.

Umum tahu Facebook dikendali oleh Meta yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada penindasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Perbuatan ini amat bertentangan dengan perjuangan demi Islam yang pemimpin dan ahli parti laungkan selama ini.

Jika hanya sebagai pengguna akaun biasa mungkin masih boleh diterima kerana ia tidak menyumbang sebarang dana kewangan kepada kantung Meta.

Berdasarkan pemantauan wartawan The Malaysia Press di akaun rasmi calon Bersatu PRK Nenggiri, Rizwadi Ismail didapati banyak siri iklan telah dibeli bermula 7 Ogos.

Akaun Facebook yang baru dibuat 29 Julai lalu itu secara kasarnya telah membelanjakan tidak kurang RM1000 bagi tujuan iklan.

Paparan carian menunjukkan iklan tersebut telah dibeli menggunakan akaun Pemuda Pas Malaysia.

Justeru itu, menjadi persoalan besar adakah benar dan ikhlas perjuangan Pas memperjuangkan Islam yang selama ini menjadi modal politik meraih undi Melayu Islam di Malaysia?

Adakah bagi mereka halal wang yang dibelanjakan bagi mengisi kantung Meta yang turut menyumbang kepada penindasan rakyat Palestin?

Sudah tentu persoalan yang paling besar adakah wang itu sumber daripada kutipan derma ahli-ahli ketika ceramah atau mana-mana majlis yang kerap dilakukan.

Related Posts

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16