Tesla batal buka kilang kerana rugi – PM

PUTRAJAYA – Keputusan Tesla Inc. membatalkan rancangan membina kilang di rantau ini bukan kerana prestasi atau polisi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana Tesla sedang mengalami kerugian berikutan persaingan dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) , Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini bahawa keputusan Tesla tidak mempunyai kesan material terhadap Malaysia, kerana tidak ada kilang yang dirancang di sini.

“Kerana mereka (Tesla) mengalami kerugian dan tidak dapat bersaing dengan EV China.

“Operasi mereka di Thailand adalah besar, kami baru sahaja bermula,” katanya ketika merasmikan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada hari Rabu, portal berita Thailand, The Nation menerbitkan laporan yang mengatakan bahawa Tesla menghentikan rancangan untuk kilang di rantau ini termasuk di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Perkara ini menyebabkan kekeliruan di sini kerana Tesla sebelum ini tidak komited untuk kilang sedemikian, sebaliknya untuk membangunkan rangkaian pengecas super firma itu.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menerusi perkongsian di laman media sosial beliau berkata, Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Jelas beliau lagi, MITI ada mengadakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan perkara itu.

Related Posts

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

MARAN – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas FELDA di tanah rancangan di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0