Akses media mesra OKU pendengaran perlu diperluas – Fahmi

AKSES kepada maklumat yang lebih inklusif bagi golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, khususnya melalui siaran televisyen dan platform digital, merupakan perkara yang amat penting serta perlu diberikan perhatian serius, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, perkara tersebut telah dibincangkan dalam satu pertemuan bersama Penasihat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Mohamad Sazali Shaari; Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli), Wan Zuraidah Abu, serta Timbalan Presiden, Goh Soo Leng, yang diadakan di pejabatnya pada Selasa.

“Terima kasih kepada Encik Mohamad Sazali, Wan Zuraidah dan Goh Soo Leng atas kunjungan serta perbincangan yang berlangsung petang tadi,” kata beliau menerusi satu catatan di akaun rasmi Facebook miliknya pada Selasa.

Catatan tersebut turut disertakan dengan sebuah video berdurasi satu minit dua 29 saat yang memaparkan rakaman suasana pertemuan tersebut.

Dalam pertemuan itu, Fahmi turut menzahirkan harapan agar pihak media di negara ini dapat meningkatkan sokongan terhadap penghasilan kandungan yang lebih mesra OKU, terutamanya dalam penyiaran berita dan maklumat penting.

Langkah untuk memperluas akses kepada maklumat secara inklusif ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin keterangkuman sosial serta memperkukuh hak komunikasi dan maklumat bagi semua lapisan masyarakat, termasuk golongan OKU.

Related Posts

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

KEPUTUSAN Pas menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu telah mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN). Apa yang lebih menarik perhatian pemerhati politik ialah sikap berdiam diri Pengerusi PN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

TOKYO – Hubungan Malaysia dan Jepun yang saling melengkapi dalam sektor teknologi dan pembuatan berpotensi membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan ketika rantaian bekalan global berdepan pelbagai tekanan. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM20.1 juta baik pulih sekolah di Perlis

KPM salur RM20.1 juta baik pulih sekolah di Perlis

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar