SADA, UKAS perkukuh promosi pembangunan Sri Aman

SRI AMAN – Sri Aman Development Agency (SADA) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan di wilayah ini menerusi kerjasama strategik bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Karim dan Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, menghadiri sesi rakaman dan temu bual khas bertajuk “Menelusuri Peranan SADA dalam Mentransformasi Pembangunan Sri Aman” yang dijadual disiarkan pada Rabu, 18 Jun ini menerusi saluran YouTube rasmi UKAS.

Dalam sesi itu, Rohani menzahirkan penghargaan kepada Pengarah UKAS Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan atas jemputan yang diberikan, dan menyifatkannya sebagai platform penting untuk memperkenalkan SADA kepada masyarakat setempat dan luar.

“UKAS memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat berkaitan program dan inisiatif pembangunan di Sri Aman, termasuk penganjuran Pesta Benak. Diharapkan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya.

Sementara itu, Mahra yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, menyatakan komitmennya dalam menjayakan aspirasi pembangunan wilayah tersebut, selaras dengan hala tuju Sri Aman Masterplan 2020-2030 dan SADA Development Plan 2021-2030, sejajar matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Kerjasama strategik antara SADA dengan UKAS diyakini mampu memberi impak positif terhadap pembangunan pesat Bahagian Sri Aman serta meningkatkan kesedaran awam tentang peranan penting SADA dalam mentransformasi kawasan tersebut.

Turut hadir Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling Ason; Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Masyarakat UKAS, Anwar Hanafi Ardimansyah; Pegawai UKAS Bahagian Sri Aman, Zaidil Ripin serta pegawai-pegawai UKAS dan sekretariat SADA.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak