61 guru dan pembantu TADIS menerima kenaikan elaun

GEORGE TOWN – Seramai 61 guru dan pembantu Tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang bakal menerima kenaikan elaun bermula bulan ini sebagai usaha memperkasa pendidikan prasekolah Islam di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kenaikan tersebut melibatkan elaun guru yang dinaikkan sebanyak RM400 menjadikan jumlah keseluruhan RM1,400 sebulan manakala pembantu tadika menerima kenaikan RM200 menjadikan RM1,000 sebulan.

Menurutnya, kenaikan itu memberi manfaat kepada 40 guru dan 21 pembantu TADIS yang kini memberikan perkhidmatan kepada seramai 874 murid di seluruh negeri.

“Kenaikan elaun ini merupakan sebahagian hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Bil. 1/2025 yang meluluskan penjenamaan semula Tadika Islam Mutiara MADANI (TIMM), dengan sasaran penubuhan 30 buah TIMM dalam tahun 2025.

“MAINPP turut meluluskan peruntukan sebanyak RM10.7 juta bagi tempoh lima tahun (2025–2029) bagi memperkasa semula sistem TADIS yang telah beroperasi sejak 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bagi meningkatkan profesionalisme guru, lima tempat setiap semester untuk guru TADIS ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam secara percuma di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) bermula Julai 2025.

“Semua kos ditanggung oleh MAINPP sebagai fasa pertama dan inisiatif ini selaras dengan tawaran yang kita berikan kepada guru KAFA sebelum ini,” katanya.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, kesemua usaha ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan dalam Teras Pembangunan Pendidikan di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat