Laman media sosial pedofilia papar murid sekolah perlu segera dilapor

PUTRAJAYA – Kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah perlu segera dilaporkan agar tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata,
halaman media sosial yang memaparkan kandungan lucah dan tidak bermoral perlu dibendung secara holistik.

“Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius laporan media mengenai kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah

“Ibu bapa perlu turut memainkan peranan proaktif di rumah dengan mendidik dan melindungi anak-anak dari ancaman gangguan seksual. Mereka bertanggungjawab memastikan maruah anak-anak dipelihara,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu, aktivis media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan wujud dan tular kumpulan Facebook dikenali sebagai ‘Group Budak2 Sekolah Rendah’ yang kini mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kumpulan itu dipercayai secara aktif memaparkan kandungan berunsur tidak bermoral melibatkan pelajar sekolah bawah umur yang dikaitkan dengan pedofilia.

Caprice turut memaklumkan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, KPM mempunyai modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dan ibu bapa.

Tambahnya, tempoh masa pengajaran bagi modul PEERS akan ditambah dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

“Justeru, semua institusi pendidikan KPM diminta untuk mematuhi garis panduan bagi menangani isu gangguan seksual yang sedang digunapakai.

“Khidmat sokongan psikososial juga perlu terus diperkukuhkan untuk memberi sokongan kepada murid,” katanya.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia