SPRM beku harta Daim, keluarga bernilai RM758.2 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dalam permohonan mereka membekukan semua aset luar negara milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga bernilai £‎‎132 juta (RM758.2 juta).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan semua harta itu pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte) hari ini.

SPRM membuat permohonan itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Aset dibekukan termasuk dua bangunan komersial, lima kediaman mewah dan satu akaun bank – yang kesemuanya berada di London – manakala akaun bank itu dikatakan berdaftar atas nama Yayasan Ilham.

Perintah mahkamah itu kini akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom bagi proses pelaksanaan pembekuan aset itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat terbaharu dari agensi luar berkaitan harta serta aset bernilai tinggi milik Daim dan keluarga.

Susulan itu pihaknya membuka lapan kertas siasatan baharu berdasarkan maklumat berkenaan.

Azam berkata, aset berkenaan dikesan di Switzerland dan United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain.

Setakat ini, sebanyak RM2 bilion aset dan harta milik Allahyarham Daim sudah dibekukan sejak SPRM memulakan siasatan pada Februari 2023.

Related Posts

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KUALA LUMPUR – Walaupun kesalahan seperti pemasangan aksesori pelindung cahaya matahari atau ‘sunshade’ boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, namun ia tidak menjadi keutamaan pihak berkuasa setakat ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya sukar dilaksanakan, berdepan cabaran undang-undang

KUALA LUMPUR – Tindakan saman fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya, Noor Azizah berhubung tuduhan yang dikatakan tidak benar terhadap Malaysia mungkin sukar dilaksanakan dari sudut perundangan, ulas peguam, Nur Zabetha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos