Rumah dijilat api, tiga cedera termasuk melecur di kaki

TAWAU – Seorang wanita melecur di tapak kaki semasa menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung (Kg) Rawa-rawa Batu 4, di sini, pagi Sabtu.

Turut cedera seorang wanita berumur 41 tahun di bahagian bibir serta patah gigi dan seorang lelaki 19 tahun cedera pada kuku kaki.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Madzlan Sarman berkata, mangsa melecur berumur 53 tahun itu diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan KKM sebelum dihantar ke Hospital Tawau.

“Sebaik menerima panggilan pukul 6.01 pagi, sepasukan 14 anggota ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.

“Terdapat seorang mangsa terlibat dan operasi memadam kebakaran dibuat mengunakan aliran 200 kaki dua pancutan sumber air jentera serta bantuan air 200 kaki dari pili bomba.

“Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan juga turut memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan pam angkut melalui sumber air terbuka (air parit),” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Operasi tamat 8.27 pagi sebaik kawasan sekitar dipastikan selamat.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia