PKR pecat 28 ahli jadi ahli parti lain

PUTRAJAYA – PKR memecat 28 ahli, termasuk tiga pemimpin yang menang pada pemilihan Cabang parti itu selepas disahkan mempunyai keahlian dalam parti politik lain.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pemecatan itu dibuat selepas proses semakan dan pengesahan keahlian oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

“Pada peringkat awal, sebanyak 36 ahli dikenal pasti dan tindakan pemecatan disahkan MPP selepas selesai penamaan pencalonan di peringkat Cabang, tetapi mereka (individu yang dipecat) ada tempoh dua minggu untuk merayu.

“Daripada jumlah itu, hanya 11 individu mengemukakan rayuan – disertakan dengan bukti komitmen mereka kepada perjuangan parti – mereka kemudiannya diterima semula sebagai ahli,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Fuziah menjelaskan, tindakan susulan turut diambil selepas proses pemilihan Cabang selesai, membabitkan pemecatan tiga lagi pemimpin parti iaitu Ketua Cabang Jempol, Ketua Cabang Pasir Salak serta Ketua Wanita Cabang Besut.

Beliau menegaskan proses mengesahkan setiap aduan bukan sesuatu yang mudah kerana kebanyakan bukti dikemukakan tidak lengkap dan susunan garis masa juga kabur.

“Kami sering menerima aduan tentang keahlian dua atau tiga parti. Perkara pertama saya selalu buat adalah menentukan parti mana yang terakhir mereka sertai.

“Jika bukan Keadilan (PKR), maka ada alasan untuk tindakan tatatertib. Tindakan hanya diambil jika ada bukti,” katanya.

Related Posts

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Sokongan generasi muda Melayu kepada Barisan Nasional (BN) yang meningkat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan UMNO kembali menunjukkan perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu memberikan jawapan yang jelas terhadap tuntutan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berhubung isu had usia 35 tahun bagi ahli pergerakan itu. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan