Anwar, Nurul Izzah tidak gentar hadapi tohmahan demi perjuangan

KEPERIBADIAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah Anwar, tampil memperlihatkan semangat perjuangan yang tidak goyah meskipun berdepan pelbagai tohmahan serta dakwaan nepotisme susulan pengumuman rasmi penyertaan mereka dalam pemilihan PKR 2025.

Anwar mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden parti, manakala Nurul Izzah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Langkah itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk tuduhan bahawa ‘parti anak beranak’ selain dakwaan tidak benar berhubung prinsip perjuangan parti.

Menurut Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) PKR, Amidi Abdul Manan berkata, keputusan ini tidak dibuat secara semberono, sebaliknya melalui pertimbangan yang mendalam serta kesedaran penuh terhadap risiko yang bakal dihadapi.

“Saya pasti langkah ini telah dibincangkan dan difikir sedalam-dalamnya oleh Nurul Izzah. Beliau cukup pasti dengan langkah yang beliau ambil ini.

“Saya percaya nasihat dan pandangan daripada Presiden telah dipertimbang semasak-masaknya. Kesan terhadap keluarga dan kepercayaan kepada kepimpinan parti adalah antara yang perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa kalimah seperti ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’ yang kini dimainkan, sebenarnya dahulu diperjuangkan oleh Anwar sendiri dalam gerakan reformasi 1998.

Katanya, sudah pasti Anwar amat faham apa makna sebenar istilah itu dan mempersetujui untuk keputusan Nurul Izzah bertanding sekali gus mempunyai nilai dan prinsip besar yang sedang dipertahankan.

“Benar, keputusan ini akan membawa keluarga Anwar melalui jalan yang penuh dengan duri fitnah dan pandangan serong masyarakat dan anggota parti sendiri. Beliau juga sedar dengan risiko ini.

“Anwar juga sedar dengan cemuhan bahawa beliau seolah-olah menelan ludahnya kembali, beliau akan dituduh mengkhianati perjuangannya sendiri.

“Itulah risiko perjuangan. Tiada apa salahnya jika segala pemuafakatan, kerjasama, bertolongan atas prinsip kebajikan dan taqwa.

“Tiada perlanggaran prinsip jika kita bersatu untuk menganjurkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran hatta dengan darah daging sendiri. Itulah prinsip yang digariskan oleh agama Islam,” katanya.

Justeru, Amidi yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sesi 2025-2028 turut menyeru ahli PKR untuk tidak menyambut ‘seruan’ serangan musuh dari luar, sebaliknya memahami bahawa keberanian keluarga Anwar untuk berdepan fitnah adalah bukti kekuatan jiwa seorang pejuang.

“Jika keluarga Anwar berjaya melalui risiko ini, maka itulah lambang keteguhan jiwa seorang pejuang. Tidak ramai yang berjaya, maka mari kita doakan pemimpin kesayangan kita mampu berada dalam kelompok yang sedikit,” ujarnya.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara