Penutupan jalan sempena Borneo International Marathon 2025 pada 11 Mei

KOTA KINABALU – Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara sementara pada 11 Mei, Ahad ini sempena penganjuran acara Borneo International Marathon (BIM) 2025 yang dijadual berlangsung dari pukul 1 pagi hingga 10 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, acara tahunan itu melibatkan empat kategori larian iaitu 42 kilometer (km), 21km, 10km dan 3km dengan penyertaan seramai 7,859 peserta termasuk dari luar negara.

“Seramai empat pegawai dan 90 anggota polis akan ditugaskan bagi menjamin keselamatan peserta serta kelancaran lalu lintas sepanjang program berlangsung.

“Antara jalan yang akan ditutup melibatkan laluan kategori 10km, bermula jam 5.30 pagi, termasuk Bulatan Bunga Raya, susur JQ (berhampiran lampu isyarat JQ), Bulatan Hakka dan Bulatan Masjid Bandaraya.

“Penutupan jalan akan dinilai secara berperingkat berdasarkan tahap keselamatan semasa dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Justeru, beliau memohon kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan acara berjalan lancar dan selamat.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3