Kelab Skuad Selam Sabah gesa tindakan tegas atasi aktiviti bom, tembak ikan haram

KOTA KINABALU – Kelab Skuad Selam Sabah menggesa pihak berkuasa agar meningkatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan pengeboman dan menembak ikan secara haram yang dilihat semakin berleluasa.

Presidennya, Sim Fui berkata aktiviti haram itu bukan hanya memusnahkan biodiversiti marin tetapi turut mengancam nyawa penyelam serta menjejaskan terumbu karang yang penting kepada sektor pelancongan dan komuniti nelayan tempatan.

“Mereka yang bertanggungjawab mesti dikenakan tindakan undang-undang paling berat. Tiada alasan untuk bersikap lembut apabila pertaruhannya sebegini besar.

“Aset lautan Sabah tidak ternilai harganya dan kita tidak boleh berdiam diri.

“Melindunginya bukan sahaja demi kelestarian alam semula jadi tetapi demi menjamin masa depan komuniti pesisir dan mengekalkan sektor pelancongan bernilai berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau berkata kerjasama lebih erat antara agensi penguatkuasaan, pengendali selaman dan organisasi pemuliharaaan alam sekitar perlu disegerakan kerana sudah pernah berlaku insiden tragis yang membabitkan aktiviti haram itu sebelum ini.

“Pada tahun 2019, dua warga China dan seorang jurulatih selam tempatan terbunuh akibat pengeboman ikan semasa menyelam skuba di perairan Semporna,” katanya.

Sementara itu, ahli Kelab Selam Sabah yang juga aktivis pemuliharaan, Monica Chin mendedahkan pengalaman mengejutkan yang dialami pasukan selamnya apabila terdengar tiga letupan bom dalam satu selaman.

Jelasnya, beliau turut menerima laporan mengenai penyelam skuba melakukan aktiviti menembak ikan di lokasi seperti Kota Kinabalu, Sepanggar dan Kota Belud yang berpotensi mencederakan penyelam.

Oleh itu, Monica berkata alasan kekurangan sumber atau tenaga kerja untuk rondaan dan penguatkuasaan di laut sudah tidak relavan.

“Semasa COVID-19, agensi penguatkuasaan berjaya melaksakan kawalan pergerakan yang ketat dan memantau kawasan yang luas secara berkesan.

“Tahap penyelarasan dan kesegeraan yang sama sepatutnya digunakan sekarang bagi melindungi aset alam marin kita,” ujarnya.

Related Posts

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang berlaku berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak. Insiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok