Pelajar MRSM Pekan hilang lepas enggan pulang ke asrama

KUANTAN – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Mangsa, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 4 petang semalam, selepas mendapati anaknya itu tidak berada di dalam bilik tidur.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 41 tahun memaklumkan Anas Baihaqi masih berada di rumah sekitar pukul 3.30 petang.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, semakan awal mendapati remaja berkenaan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumah.

Hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

“Dia juga didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya, yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan.

“Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200,” katanya.

Wan Zahari berkata ini adalah kali pertama remaja berkenaan dilaporkan hilang dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan serta usaha mengesannya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah