Anwar rakam tahniah untuk Lawrence Wong

DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, atas kejayaan memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda dan pasukan anda dalam meneruskan tanggungjawab kepimpinan bagi penggal baharu ini,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, kemakmuran dan keselamatan Malaysia dan Singapura tidak dapat dipisahkan, kerana kedua-dua negara bukan sahaja dihubungkan oleh geografi, tetapi juga hubungan kekeluargaan yang erat.

“Ketika kita melihat kepada masa hadapan, kedua-dua negara sedang membina kerjasama mendalam di semua peringkat – satu asas penting dalam menghadapi cabaran besar terhadap sistem global dan perdagangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara berpeluang menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai contoh cemerlang mengenai apa yang boleh dicapai negara berjiran dengan iltizam dan matlamat bersama.

“Kami menantikan peluang memperkukuh hubungan istimewa ini pada masa-masa akan datang,” kata Anwar.

Terdahulu, media melaporkan PAP mengekalkan majoriti dua pertiganya dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025, dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun