Dana RM13 juta sokong industri muzik tanah air – Fahmi

PUTRAJAYA – Peruntukan sebanyak RM13 juta tahun ini di oleh Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik dan Skim Geran Padanan bagi menyokong pemain industri muzik Malaysia.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang diusahakan ini membuka ruang kepada penggiat seni untuk memperkasa projek masing-masing dan menyumbang kepada ekosistem kreatif tanah air secara menyeluruh.

“Sehingga kini program DKK Industri Muzik telah menyalurkan RM23 juta kepada 223 penerima, memberi sokongan berdasarkan merit, kebolehlaksanaan serta potensi kebolehpasaran projek dalam usaha memperkasakan ekosistem muzik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan, permohonan bagi DKK Industri Muzik 2025 dibuka mulai hari ini, 30 April 2025, dan meliputi tiga kategori utama iaitu Dana Persembahan Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik.

Permohonan untuk Dana Persembahan Muzik akan ditutup pada 11 Jun depan.

Manakala permohonan bagi Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik akan dibuka sepanjang tahun.

Tambahnya, Skim Dana Padanan 2025 turut menawarkan geran padanan satu dengan satu (one-to-one matching grant) sehingga RM250,000 bagi setiap permohonan yang berjaya.

“Melalui skim ini, kami berharap dapat mendorong lebih banyak kerjasama antara penggiat industri dengan pihak swasta atau pelabur lain, selain membantu mereka memajukan hasil kerja ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang https://www.mycreative.com.my/funds.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta