Tiada perjumpaan dibuat antara PH, BN Sabah – Peto

KOTA KINABALU – Dakwaan bahawa berlaku perjumpaan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Pakatan Harapan (PH) Sabah sebelum ini adalah tidak benar.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Peto Galim menegaskan tiada perjumpaan diadakan.

“Jawapan dia tiada perjumpaan dibuat. Secara jelas, saya tidak pernah ditelefon, saya tidak pernah diberitahu. 

“Ini adalah pandangan kumpulan mereka yang berminat bersama dengan kita,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin tentang kerjasama dengan PH.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Majlis Raya Sekampung Parlimen Sepanggar dan DUN Inanam, di Perkarangan Masjid Tun Ahmah Shah, Kampung Inanam Laut, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, PKR Sabah mengalu-alukan kerjasama dengan parti yang mempunyai aspirasi dan impian yang sama untuk membawa perubahan kepada masalah yang dihadapi rakyat.

“Kita hanya mahu pemimpin-pemimpin yang ke depan ini, parti-parti yang berkolaborasi dengan kita ini mempunyai impian yang sama untuk bawa kita ke depan, membawa perubahan yang drastik ke atas masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Jadi, kalau kumpulan ini mempunyai impian yang sama dan kemungkinan besar kita akan berkerjasama dengan parti ini,” katanya.

Tambahnya, kerajaan yang ada sekarang iaitu GRS plus PH mempunyai keupayaan untuk membawa Sabah ke arah yang lebih baik.

“Dan saya boleh katakan kerajaan yang ada sekarang ini, GRS plus PH, ada keupayaan dan ada usaha yang serius ke arah situ. Walau bagaimanapun, ada benda-benda yang perlu diperkemaskan dan perlu dibuat secara serius,” ujarnya.

  • Related Posts

    UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

    KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sikap ‘merajuk’, cepat kecewa Rafizi tidak praktikal depani realiti politik

    PENDEKATAN bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menubuhkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat mempunyai unsur kekecewaan yang mendalam dan sikap mudah mengaku kalah setiap kali berhadapan tekanan,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

    Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

    Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

    Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

    UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

    UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

    Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

    Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

    18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

    18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

    Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

    Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman