Malaysia tawar bantuan rawat rakyat Palestin di negara ini

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia membawa sebahagian rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak yang cedera serta sakit untuk dirawat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bagi membantu memudahkan urusan tersebut.

“Insya-Allah, kita akan lakukan sedaya upaya kita dan suarakan pandangan kita tidak kira depan sesiapa.

“Kita akan bantu yang sakit, sama ada dirawat di sana atau dibawa ke mari untuk diberikan rawatan. Kita akan teruskan tanpa tolak ansur.

“Kerajaan akan peruntukkan dana. Saya bincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) (Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour). Saya ucap terima kasih kerana kerjasama yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pidato ketika Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; barisan menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan serta perwakilan asing.

Himpunan tersebut diadakan demi menunjukkan solidariti Malaysia terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Antara program dilaksanakan ialah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik