Fadhlina menang Ketua Cabang Nibong Tebal

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memenangi jawatan Ketua Cabang Nibong Tebal selepas mengalahkan dua pencabarnya pada pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR, mencatat kemenangan selesa dengan meraih 677 undi, menewaskan Muttaqeen Mustafa yang mendapat 335 undi dan Muhammad Navalan Abdullah (72 undi).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menegaskan, fokus utamanya kini ialah mengukuhkan parti pada peringkat cabang dan memastikan Nibong Tebal kekal sebagai kubu kuat PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli PKR Cabang Nibong Tebal yang memberi mandat kepada saya untuk memimpin.

“Kemenangan ini adalah satu amanah besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan maklumat laman sesawang pemilihan PKR 2025, terdapat sebanyak 1,336 ahli parti layak mengundi dengan 1,096 kertas undi dikeluarkan.

Borang keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Sebelum ini, Fadhlina mengumumkan akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan yang dijadualkan 24 Mei ini.

Related Posts

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula hari ini, membabitkan semua kategori pengundi yang layak. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar