Wanita 50-an berstatus isteri antara tiga pasangan dicekup khalwat

KUNAK – Seorang wanita masih berstatus isteri orang berumur 50-an antara tiga pasangan yang ditangkap khalwat dalam serbuan di dua hotel bajet di sini, awal pagi tadi.

Wanita berkenaan sebelumnya mendakwa sudah berkahwin secara nikah kampung bersama pasangan khalwatnya berumur 30-an namun gagal menunjukkan sebarang dokumen sah yang diiktiraf penguat kuasa agama selain didapati memiliki suami dan masih berdaftar pada sistem JHEAINS.

JHEAINS Kunak menerusi satu kenyataan berkata, pelbagai alasan diberikan oleh kesemua pasangan terbabit dalam cubaan untuk melepaskan diri dari tindakan undang-undang.

“Salah seorang daripada pasangan yang ditahan merupakan penjawat awam wanita yang dipercayai telah menjalinkan hubungan tanpa ikatan sah sementara pasangannya bertindak melompat keluar dari tingkap bilik hotel di tingkat dua dan melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa agama.

“Manakala satu lagi pasangan berumur 30-an mendakwa mereka sudah bertunang dan hanya menunggu masa untuk melangsungkan perkahwinan,” kata kenyataan itu, pada Jumaat.

Menurut JHEAINS Kunak, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah.

Dalam pada itu, JHEAINS turut menegaskan bahawa operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Kunak.

“Orang ramai diseru agar tidak mengambil mudah soal pergaulan bebas dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh agama,” tambah kenyataan itu.

Operasi selama hampir tujuh jam yang bermula pukul 10 malam pada Khamis itu disertai 14 Pegawai dan anggota JHEAINS Kunak serta PDRM.

Related Posts

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok