‘Pas, Bersatu pernah gabung dengan DAP hadapi pilihan raya, tapi UMNO tidak’

MEREKA bergabung dulu dengan DAP sebelum pilihan raya, tetapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak, demikian kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) berlaku setelah selesai proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana tiada satu parti pun berjaya menang sekali gus memiliki majoriti mudah menubuhkan kerajaan.

“Kita menubuhkan kerajaan bersama DAP dan PH selepas pilihan raya, kita tidak sama seperti mana-mana pihak yang bergabung dulu sebelum pilihan raya, UMNO dan BN pergi sendiri hadapi pilihan raya.

“Itu pun kerana tiada siapa yang dapat tubuhkan kerajaan, maka BN dipelawa untuk bersama tubuhkan kerajaan, mengutamakan kepentingan negara menubuhkan kerajaan supaya negara dapat diuruskan dengan segera,” katanya di Kampung Batu Tiga dekat Tapah, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar Negeri ditemui media ketika membantu kempen calon BN Dr Yusri Bakir untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Untuk rekod PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13.

Manakala Bersatu adalah parti komponen PH ketika menumbangkan BN daripada tampuk kuasa kerajaan pada Pilihan Raya Umum 2018.

Mengulas lanjut, sentimen UMDAP yang dimainkan oleh pembangkang masih mengganggu pemikiran orang Melayu terutama ahli UMNO yang diklasifikasikan sebagai pengundi kelabu kerana tidak mendapat pencerahan yang jelas dan tepat.

“Pengundi kelabu ini kebanyakan ialah orang muda, sentimen ini banyak mengganggu pemikiran mereka. Golongan muda ini biasanya mahu penjelasan yang tepat daripada kepimpinan parti.

“Jadi saya dan jentera BN akan berjumpa seberapa pengundi terutama orang muda untuk menjawab banyak soalan mengenai tuduhan UMNO bergabung dengan DAP.

“Padahal UMNO tidak pernah bergabung dengan sesiapa DAP. UMNO menubuhkan kerajaan ini atas asas mengurus negara.

“UMNO, Barisan Nasional dipelawa oleh Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan kerana setelah tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar