Bekas calon PRN Johor didakwa salah guna wang pertubuhan

JOHOR BAHRU – Bekas calon pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang pertubuhan berjumlah keseluruhan RM21,000, lima tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo, tertuduh yang juga merupakan ahli perniagaan, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru tersebut didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang pertubuhan dengan jumlah keseluruhan RM21,000.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Bandar Baru Permas Jaya, di sini antara 9 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan, dan juga boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique memohon jaminan yang minima terhadap anak guamnya berjumlah RM10,000 atas alasan tertuduh perlu menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah selain situasi perniagaannya yang kurang baik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mei depan bagi serahan dokumen.

Difahamkan, pertubuhan tersebut kini telah dibubarkan dan tertuduh juga tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam parti politik.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng