Dua maut kereta dipandu rempuh bas

MUAR – Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki merempuh sebuah bas kilang di Jalan Salleh, Bukit Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 6.20 pagi tadi mengesahkan mangsa yang maut adalah Muhammad Nur Aiman Mohd Azharry, 21 dan Amar Jazli Yusof, 26.

“Kemalanagan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Axia bersama seorang penumpang dari arah Jalan Salleh menghala ke Bukit Pasir telah hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Bagaimanapun, sebuah bas yang berada di laluan berkenaan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut. Akibat rempuhan itu, kereta mangsa telah tersepit di hadapan bas sebelum diseret masuk ke laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemandu bas kilang berusia 49 tahun membawa kesemua 20 penumpang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Tanjung Agas, Tangkak dilaporkan selamat.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Muhammad Fazli Mat Jinin, berkata, seramai 11 anggota dikerahkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan mereka.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia