Menara KL akan dibuka semula selepas penyelenggaraan selesai – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan dibuka semula kepada orang ramai selepas kerja-kerja penyelenggaraan dan isu keselamatan selesai dilaksanakan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, bangunan itu berada dalam kondisi tidak baik selepas pemantauan petugas kementerian mendapati bahawa perkakas dapur dan beberapa ruangan di tempat itu tidak selesa untuk pengunjung.

“Hasil lawatan pasukan komunikasi ke Menara KL, kita dapati selain berdasarkan gambar dan video hasil pengamatan pasukan, banyak daripada sama ada perkakas di dapur dan di menara berputar, yang ada restoran dulu, tidak berada dalam keadaan yang nyaman atau selesa untuk pengunjung.

“Malah kita lihat ada ‘railling’ yang berada di ‘deck’ yang sudah diturunkan. Ini saya rasa merisaukan. Jadi, demi keselamatan pengunjung, maka syarikat baru perlu segera melaksana penyelenggaraan termasuk (menilai) aspek keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Menara Angkasapuri di sini, hari ini.

Turur hadir, timbalannya, Teo Nie Ching.

Fahmi mengulangi bahawa Menara KL adalah milik penuh Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) sebelum ini telah diberikan notis kerana kontraknya tamat pada 31 Mac dan pihak terbabit enggan mengosongkan premis tersebut.

“Penting untuk kita sebut Menara KL adalah sepenuhnya hal milik kerajaan yang diurus operasinya oleh Kementerian Komunikasi. Sejak 1 April lalu, syarikat lama sudah tamat operasi dan syarikat baru mula (ambil alih) 1 April.

“Atas sebab yang disebut dalam media, syarikat lama enggan keluar, maka Pesuruhjaya Tanah Persekutuan sudah meneliti isu ini. Kita sudah melalui proses oleh pihak pesuruhjaya masuk (dan ini) untuk memudahkan pemegang konsesi baharu masuk kelak,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa 193 daripada 205 kakitangan bekas pekerja syarikat lama telah menerima tawaran oleh syarikat konsesi baharu – LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHMSM)

“Mereka sudah tamat perkhidmatan pada 1 Syawal, tapi syarikat baharu sudah ambil.

“Syarikat baharu itu juga menawarkan mereka gaji yang tidak kurang berbanding gaji sebelum ini,” tambah Fahmi.

Menurut laporan media hari ini, bangunan Menara KL akan ditutup buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Penutupan sementara itu juga dibuat selepas Pesuruhjaya Tanah Persekutuan mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.

LSHSM telah dianugerahkan konsesi selama 20 tahun, mulai 1 April, untuk menguruskan Menara KL selepas tempoh konsesi MKLSB berakhir pada 31 Mac.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP