Istana bermandi cahaya, rakyat teruja sambut Jubli Perak Raja Perlis

KANGAR – Kehangatan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang bakal berlangsung pada esok semakin dirasai apabila pelbagai pihak giat membuat persiapan sepanjang minggu ini.

Persiapan sempena ulang tahun ke-25 pemerintahan baginda itu menyaksikan laluan utama di Bandar Diraja Arau dihias indah bagi meraikan majlis penuh bersejarah tersebut.

Pihak swasta dan persendirian turut tidak ketinggalan mengibarkan bendera negeri di premis masing-masing bagi menambahkan kemeriahan suasana.

Pemilik sebuah pusat asuhan kanak-kanak, Salmah Hassan berkata, beliau turut serta mengibarkan bendera di premisnya sebagai tanda sokongan dan keterujaan terhadap sambutan Jubli Perak itu.

“Tuanku Syed Sirajuddin adalah seorang raja yang cukup mesra dengan rakyat. Boleh dikatakan, rakyat begitu mudah mendekati baginda dan Raja Perempuan Perlis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya yang juga pesara polis sering terlibat dalam acara yang membabitkan Tuanku Raja, dan kemesraan baginda menjadikan rakyat negeri ini berasa amat dekat dengan Duli-Duli Tuanku.

Salmah turut meluahkan rasa bangga kerana mempunyai raja pemerintah yang prihatin dan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, sumber The Malaysia Press memaklumkan, persiapan sambutan kini telah melebihi 95 peratus dan berada di fasa kemasan akhir.

Tinjauan turut mendapati Istana Arau yang bakal menjadi lokasi utama Majlis Santapan Diraja kini bergemerlapan dengan limpahan cahaya lampu, bersedia menyambut kehadiran Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Brunei Darussalam.

Selain itu, puluhan motosikal milik anggota polis pengiring kelihatan menyertai raptai penuh pada malam akhir sebagai persiapan menjelang sambutan rasmi esok.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun