Khairulanuar dilantik Pengarah Maritim Sabah yang baharu

KOTA KINABALU – Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali dilantik sebagai Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu, menggantikan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Majlis Serah Tugas yang menandakan pelantikan rasmi itu disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Rosli Abdullah di Ibu Pejabat Maritim Sabah dan Labuan, di sini, pada Rabu.

Dalam ucapannya, Rosli menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti, pengorbanan dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan oleh mantan pengarah sepanjang tempoh perkhidmatannya di Sabah dan Labuan.

“Anggaplah majlis ini sebagai suatu penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi sepanjang berkhidmat di sini.

“Sesungguhnya nilai sumbangan tuan selama ini tidak dapat diukur hanya melalui sebuah majlis perpisahan,” katanya.

Rosli turut mengucapkan tahniah kepada pengarah baharu, sambil menzahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Mohd Khairulanuar, pasukan Maritim Sabah dan Labuan akan terus diperkukuh, seterusnya melakar pencapaian lebih cemerlang.

“Lain kandang, lain gembalanya; lain ketua, lain pula caranya. Namun, apa jua cabaran mendatang harus kita hadapi bersama. Saya berharap semua warga Maritim dapat melonjakkan semangat serta menumpukan komitmen sepenuhnya bagi mencapai mutu dan hasil kerja terbaik di bawah kepimpinan baharu,” katanya.

Dalam amanatnya, Rosli turut menekankan kepentingan memelihara nilai murni dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota sebagai asas dalam memperkukuhkan rantaian kerja organisasi.

“Pikullah amanah dan tanggungjawab ini dengan sepenuh hati, berkhidmatlah dengan profesional serta integriti yang tinggi pada setiap masa. Integriti tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan semua pegawai dan anggota agar menjaga aset negara dengan penuh rasa tanggungjawab serta berani dalam menjalankan tugas.

“Laksanakan amanah ini dengan ikhlas dan keberanian. Pastikan setiap sen yang dibelanjakan kerajaan dimanfaatkan sebaik mungkin demi kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

TAIPING – Program Hari Potensi Alpha Gen Talent dan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Perak menjadi medan penting untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi generasi muda dalam pelbagai bidang, termasuk sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok. Penganjuran acara tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah