Hari Bersama Komuniti rapatkan jurang maklumat antara masyarakat dan kerajaan

MUKAH – Program Hari Bersama Komuniti 2024 Daerah Mukah mampu memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak agar dapat difahami dan sampai kepada rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, program ini turut melibatkan agensi kerajaan bagi sesi perkongsian maklumat bersama kumpulan masyarakat.

“Semua maklumat yang diperoleh akan dihantar kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

“Kehadiran UKAS sebagai medium perantaraan untuk merapatkan jurang maklumat antara masyarakat dan kerajaan. Ini disebabkan masih ramai masyarakat masih kurang faham berkenaan usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Justeru itu, UKAS turut menggunakan peluang dalam program ini bagi mengumpul maklumat mengenai isu atau permasalahan di sesuatu kawasan termasuk melihat sama ada wakil rakyat telah menjalankan tugasan mereka”, ujarnya semasa merasmikan Majlis Penangguhan Hari Bersama Komuniti di Kampung Petanak.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan kepada masyarakat agar menampilkan sikap yang baik terutama sekali dalam kesatuan budaya dan agama bersempena dengan temasya Sukan Malaysia SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung di beberapa tempat di Mukah kelak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Adun N.57 Tellian, YB Royston, Pengarah UKAS, Samuel Simon, Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh, Pemangku Pegawai Daerah Mukah, Paleadzman Ahip, Temenggong Hendi Suhai, Penghulu Edmund Inu Sebli dan Ketua Kaum Norbeit Bait.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan