Warga Kastam diseru perkukuh nilai berpasukan, kekal organisasi terbilang

TAWAU – Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diseru terus memperkukuh nilai kerja berpasukan bagi mengekalkan organisasi terbilang.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri),  Norlela Ismail berkata, budaya kerja berpasukan itu amat memberi manfaat kepada jabatan.

“Kunci organisasi terbilang adalah kerjasama dan perpaduan tanpa mengira pangkat, agama, bangsa mahupun fahaman politik.

“Justeru, nilai berpasukan itu berupaya menggabungkan keupayaan, kemahiran, pengetahuan serta komitmen ahli pasukan dalam usaha mencapai prestasi cemerlang,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengurusan tertinggi JKDM Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, pada Selasa.

Dalam pada itu, Norlela turut memuji pendekatan rumah terbuka berkonsepkan gerai yang dipercayai mewujudkan semangat muhibbah dalam kalangan warga kastam dan pemegang taruh jabatan.

“Impak posiif dari program ini diharap mempererat hubungan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan JKDM terus cemerlang.

“Saya juga yakin dan percaya JKDM Zon Sabah turut merangka program dan strategi dalam pelbagai aspek bagi mencapai sasaran ditetapkan tahun ini,” ujarnya.

Related Posts

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

PEKAN – Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu. Menurut laporan Sinar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

Dua remaja mengaku salah rogol OKU lembam

16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

  • By Fatin
  • October 17, 2026
16 rumah musnah, 300 selamat dari kebakaran

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

Lelaki 42 tahun direman enam hari bantu siasatan kes rogol di Jalan Petanak

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

HASiL iktiraf peranan media, kutipan cukai lepasi RM200 bilion pada 2025

Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai – Suhaimi

  • By Fandi
  • October 17, 2026
Henti sementara pergerakan lori balak hingga siasatan selesai –  Suhaimi