Bendera Perlis dikibar separuh tiang hormati pemergian Tun Abdullah

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan agar bendera negeri Perlis dikibarkan separuh tiang hari ini sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Titah berkenaan dizahirkan baginda sebagai simbol dukacita dan penghormatan institusi diraja negeri terhadap jasa besar Allahyarham kepada rakyat dan negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli selepas menghadiri rumah terbuka Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perlis di sini, hari ini.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tun Abdullah serta seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan seorang negarawan yang cukup disegani.

“Kita amat terasa kehilangan ini kerana Tun Abdullah merupakan seorang Perdana Menteri yang tenang, merendah diri serta sangat disayangi oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham memberi kesan besar kepada rakyat negeri ini yang pernah menikmati pelbagai manfaat dasar ekonomi semasa pentadbiran beliau.

Untuk rekod, Perdana Menteri kelima itu mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin ketika pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, beliau amat terkesan dengan pemergian Perdana Menteri kelima itu kerana pernah bekerjasama rapat dalam merangka pembangunan ekonomi negeri.

“Jasa Tun Abdullah amat besar dalam pembangunan negeri Perlis, khususnya menerusi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang bertujuan meningkatkan pendapatan negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan NCER yang dicetus Allahyarham memberi kesan langsung kepada pelbagai projek pembangunan yang kini sedang rancak berjalan di Perlis.

“Keperibadian beliau yang lemah lembut serta mudah didekati menjadikan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan ketika itu berjalan dengan sangat baik,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan