Anak perempuan disahkan maut, bapa masih hilang 

BARAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui meninggal dunia manakala bapanya masih belum ditemui selepas dipercayai hilang di Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada Isnin.

Mangsa, Vallerie Mentie Dawellies, disahkan meninggal dunia, manakala bapanya, Dawellies Luing, 46, masih belum ditemui setakat hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada Isnin jam 12 tengah hari. 

“Namun disebabkan jarak dan kesukaran laluan, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi hanya berjaya tiba di lokasi pada Selasa, sekitar jam 3 petang.

Komander operasi PBK I Nasir bin Hj Razali berkata, pasukan SAR terdiri daripada empat anggota menggunakan jentera utiliti Triton, mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 jam perjalanan melalui jalan balak dan laluan sungai untuk tiba di kawasan kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan melakukan penilaian awal sebelum memulakan operasi pencarian bersama agensi lain dan penduduk kampung,” katanya.

SAR yang bermula pada jam 3.05 petang hari ini turut melibatkan usaha menjejaki keluarga mangsa di kediaman mereka yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi kenderaan ditemukan.

Operasi ditangguhkan sekitar jam 5 petang dan akan disambung keesokan harinya.

Antara agensi lain yang turut membantu operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Long Jekitan, serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Long Jekitan. 

“Seramai 40 penduduk kampung juga tampil membantu operasi SAR.

“Keadaan lokasi yang terpencil menyukarkan koordinasi kerana tiada liputan rangkaian GIRN, telefon mahupun Internet. 

Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyie Ngau turut turun padang bersama-sama empat staf beliau bagi meninjau situasi dan memberi sokongan.

Operasi SAR akan diteruskan sehingga mangsa yang masih hilang ditemui dan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran