Ewon sumbang RM30,000 kepada Sekolah Pertubuhan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah

KOTA KINABALU – Sebanyak RM30,000 daripada dana CSR Yayasan Bank Rakyat dan peruntukan Sentuhan Kasih Ahli Parlimen disumbangkan kepada Sekolah Pertubuhan Bagi Orang-orang Pekak Sabah (Society for the Deaf) di Bukit Padang, di sini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sokongannya terhadap inisiatif sekolah pertubuhan berkenaan adalah sentiasa dilakukannya setiap tahun.

“Saya menyokong setiap tahun, inisiatif pertubuhan ini untuk memungut dana membiayai kos operasi sekolah mereka.

“Semoga semuanya diberikan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus melakukan kebaikan buat anak-anak kita,” ujarnya yang hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri sekolah Pertubuhan Bagi Orang-orang Pekak Sabah (Society for the Deaf) di Bukit Padang, di sini pada Ahad.

Ewon menerusi hantarannya di laman Facebook, menyatakan dalam sambutan itu beliau sempat mendengar dan menghayati perkongsian daripada ibu bapa serta alumni sekolah berkenaan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan anak-anak berkeperluan khas.

“Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas, saya sangat memahami cabaran yang mereka hadapi.

“Saya hargai pengorbanan ibu bapa, pimpinan pertubuhan, para sukarelawan dan guru-guru yang mengajar di sekolah ini,” katanya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri