Ahmad Samsuri cuba cari simpati menjelang PRK Ayer Kuning

KUANTAN – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa ‘dilabel dan ditanda’ sebagai individu di bawah status ‘Travel Control Office/Order’ (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa sebagai langkah meraih simpati.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Mungkin dia memohon simpati sebab PRK Ayer Kuning (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning).

“Menteri Dalam Negeri mengatakan tak ada, kenapa perkara ini perlu,” katanya kepada media selepas melancarkan Akademi Rel Pahang (ARP) di Dewan Yayasan Pahang, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semalam, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, mendakwa situasi itu berlaku sejak pertengahan tahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, dalam sistem keselamatan negara, TCO merujuk kepada ‘Travel Control Order’ oleh pihak berkuasa iaitu satu bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

Dalam kenyataan susulan, Saifuddin dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu itu kerana Ahmad Samsuri sentiasa didampingi anggota polis atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan