Skim i-Push terus bantu usahawan Pahang

KUANTAN – Seramai 1,200 usahawan di Pahang terpilih menerima Skim i-Push Fasa 3 yang akan mula diagihkan kepada pemohon bulan ini.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, jumlah ini terus meningkat sejak ia diperkenalkan Kerajaan Pahang pada tahun 2021 bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi sektor keusahawanan.

“Permohonan untuk i-Push fasa 1, 2 dan 3 ialah 5,177 permohonan, yang kita luluskan untuk fasa ketiga ini sahaja 1,200 dan kita galakkan supaya orang datang lagi untuk temuduga dan memohon.

“Kerana banyak permohonan sebelum ini gagal sebab dari segi dokumen tidak lengkap.

“Macam Pernas (Perbadanan Nasional Berhad) dan Kuskop (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) yang banyak membantu membangunkan usahawan, pemohon sekurang-kurangnya kena ada (daftar) SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan penyata bank.

“Ini perkara asas dalam berniaga, kalau tidak ada menda (dokumen) ini macam mana kami hendak bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan Francais dan Vendor) Kuskop, Chek Zainuddin Chek Jusoh.

Seramai 93 usahawan francais dari Pahang telah menerima pembiayaan berjumlah RM18 juta melalui Pernas sejak tahun 2010.

Pada tahun ini pula, seramai lapan usahawan Pahang menerima pembiayaan berjumlah RM1.5 juta.

Pernas juga telah membiayai seramai 212 usahawan Pantai Timur dengan peruntukan RM46 juta sejak tahun 14 tahun lalu.

Pahang adalah lokasi ketiga bagi siri jelajah Program BizFrancais selepas Sarawak dan Pulau Pinang.

Related Posts

Selangor-Singapura teroka peluang pelaburan dan rangkaian baharu

SINGAPURA – Hubungan erat antara Selangor dan Singapura dijangka memasuki fasa baharu apabila beberapa siri pertemuan strategik yang diadakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan pemimpin serta agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

LAWAS – Lawas berpotensi muncul sebagai pemangkin kepada pembentukan koridor ekonomi baharu yang menghubungkan Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai hab strategik pembangunan di utara Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan