Lebih 80 unit bangunan musnah dalam insiden di Putra Heights

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan sebanyak 88 unit bangunan musnah dalam kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, dekat Subang Jaya, semalam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, 88 unit bangunan berkenaan merangkumi 78 unit rumah dan 10 unit rumah kedai.

Katanya, kategori kebakaran rumah antara 10 hingga 90 peratus manakala punca insiden terbabit masih dalam siasatan.

“Secara keseluruhan rumah terjejas adalah 237 selain 305 mangsa, dengan majoritinya cedera akibat melecur dan tersedut haba panas,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Nor Hisham berkata, sebanyak 365 kenderaan terjejas dalam kebakaran itu membabitkan 275 kereta dan 56 motosikal, manakala 33 lagi mengalami kerosakan.

Katanya, hasil pemantauan selepas penutupan empat injap utama di Kampung Lombong Puchong, Batu Tiga, Shah Alam dan Klang mendapati tiada lagi aliran gas dikesan petang semalam.

“Keadaan itu menjadikan kemungkinan berlakunya letupan susulan adalah sangat rendah… sekali gus memudahkan pasukan penyiasat bomba untuk masuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Penduduk boleh kembali ke kediaman mereka dengan pemantauan pihak berkuasa untuk mengambil barang atau haiwan peliharaan mereka. Ketika ini tiada bekalan elektrik di sekitar di lokasi kejadian,” katanya.

Nor Hisham berkata seramai 35 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditugaskan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada 3.45 petang dan seramai 325 anggota serta pegawai daripada 11 agensi terbabit dalam operasi pemadaman dan menyelamat.

“Kerja pembersihan dan pemeriksaan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam ini,” katanya.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda