Wan Azizah lawat mangsa saluran paip gas terbakar

ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melawat mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya yang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, dekat Serdang.

Beliau tiba jam 4.46 petang disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum dibawa ke wad untuk melawat 28 mangsa yang menerima rawatan di hospital itu.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengambil masa kira-kira sejam bertanyakan keadaan mangsa dan keluarga yang datang untuk memberikan sokongan kepada ahli keluarga mereka di wad itu.

Berdasarkan data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan kepada media, 28 mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Cyberjaya (24 orang), Hospital Putrajaya (13 orang) dan Hospital Ampang (dua orang).

Data itu juga menunjukkan 37 mangsa dirawat di lima hospital swasta termasuk 22 di Pusat Perubatan Subang Jaya, lapan orang di Subang Medical Centre, Hospital Avisena (lima orang) dan Hospital Thomson (seorang mangsa).

Baki 41 mangsa pula sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan masing-masing.

Related Posts

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan berterusan pendaftaran murid Melayu jelas dengan pendaftaran 41,133 murid Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.   Menteri Pendidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma