Pemandu bas ekspres warga emas positif dadah ditahan di Sibu

SIBU – Seorang pemandu bas ekspres berusia 68 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu, pada Sabtu.

Ujian saringan mendapati pemandu tersebut positif mengambil dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Methamphetamine, dan ketamin.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, Azimah Marsid mengesahkan pemandu itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

AADK akan menghantar laporan kepada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut, dan selepas itu, akan memohon perintah mahkamah untuk menentukan sama ada pemandu itu perlu menjalani program pemulihan di pusat pemulihan atau pengawasan dalam komuniti.

Pemandu bas ekspres yang mengendalikan perjalanan dari Sibu ke Kapit ini adalah salah seorang daripada 10 pemandu yang menjalani ujian saringan air kencing dalam operasi di Terminal Bas Jalan Pahlawan.

AADK Sibu akan terus bekerjasama dengan pihak JPJ untuk mengesan pemandu-pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Related Posts

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang kemudian melarikan diri ketika mangsa sedang mengalihkan baldi amaran di Kilometer (KM) 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

JERANTUT – Perjalanan tujuh dekad FELDA yang penuh dengan cabaran dan kejayaan berjaya melahirkan generasi peneroka yang cekal serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar. Ketua Peneroka FELDA Jengka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan