Anak muda dinasihat jangan terlibat lumba haram – Abang Johari

GEDONG – “Anak muda khususnya agar tidak menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan haram,” kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut menasihatkan agar anak muda jangan sesekali terlibat dalam kegiatan mat rempit meskipun kemudahan jalan raya semakin diperluaskan.

Selain itu, Abang Johari juga turut memberi nasihat agar setiap pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ibu bapa juga dinasihatkan sentiasa memantau anak-anak kerana mereka adalah aset negara,” ujarnya.

Tambah beliau, setiap peningkatkan kes kemalangan akan meningkatkan kos rawatan yang turut ditanggung kerajaan.

Malah, ujar beliau, kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian RM19.7 bilion setiap tahun untuk membaiki fasiliti awam yang rosak akibat kemalangan.

“Saya membina jalan raya untuk kemudahan rakyat, bukan digunakan untuk berlumba,” katanya ketika Majlis Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen), anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan membangunkan jalan raya berkembar dari Munggu Kopi, Serian melibatkan laluan ke Gedong sehingga ke Samarahan.

“Pembinaan laluan empat lorong ini akan meningkatkan aksesibiliti dan mempercepatkan pembangunan di kawasan Serian-Gedong-Samarahan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman