Polis siasat pertubuhan promosi fahaman komunis

POLIS sedang menyiasat dakwaan video berkait satu pertubuhan tidak berdaftar mempunyai kecenderungan mempromosi fahaman dan amalan komunis di Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak berkuasa memandang serius dakwaan seperti itu memandangkan sebarang usaha menghidupkan semula fahaman komunis secara halus mahupun terbuka bertentangan prinsip Rukun Negara dan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“Malaysia secara tegas telah menolak ideologi komunis sejak 1948, dan sebarang bentuk promosi atau glorifikasi terhadap fahaman ini boleh diklasifikasikan sebagai satu ancaman kepada ketenteraman awam serta perpaduan nasional.

“Sebarang cubaan menggugat kedaulatan negara atau menyemai fahaman bertentangan Perlembagaan Persekutuan akan ditangani dengan tegas berdasarkan lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Razarudin berkata, polis melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 41/43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 505(b) merujuk ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia mengenai salah guna kemudahan rangkaian.

Razarudin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan, video atau gerakan yang boleh mencetuskan kegusaran awam dan menggugat keharmonian antara kaum.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok