Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri, kerajaan bersetuju untuk memberikan potongan kadar tol musim perayaan sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun potongan tol itu akan mula dinikmati dan berkuat kuasa selama dua hari iaitu bermula pukul 12.01 tengah malam, 28 Mac dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 29 Mac ini.

Katanya, inisiatif Kerajaan MADANI itu akan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM19.69 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terbabit.

“Diskaun tol ini akan diberikan hanya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Pemberian diskaun tol ini adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan oleh kerajaan bagi keempat-empat perayaan utama di negara ini sejak 2023, sejajar dengan teras utama Kerajaan MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan ke syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Pejabat Operasi Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd pada Rabu.

Alexander berkata, semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol tersebut dengan sebaiknya serta merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya khususnya pada cuti panjang musim perayaan ini.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dan meneliti beberapa panduan pergerakan sebelum memulakan perjalanan.

“Panduan itu termasuklah mengikut jadual waktu perjalanan oleh syarikat konsesi lebuh raya, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, memastikan baki e-dompet dan Kad Touch & Go selain bateri smart-tag mencukupi, menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keadaan lebuh raya sebagai panduan sebelum dan semasa perjalanan.

“Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan semasa di lebuh raya dan menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini di media sosial rasmi LLM,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok